Terkilan
Arwah pergi tanpa sesiapa disisinya. Tak dapat aku berada disisi arwah semasa dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Bersalah
Sebab sehari sebelum arwah meninggal, aku tak perasan jikalau arwah penat ke tidak setelah satu hari suntuk keluar berjalan-jalan dgn ku dan suami.
Shukur
Allah lebih sayangkan dia dari kita semua. Arwah pergi dengan keadaan yg amat tenang. Tiada sengsara yg beliau alami.
Cepat Sekali
Waktu arwah meninggal dunia dan waktu arwah dikebumikan amat cepat sekali. Aku rasa seperti tidak adil dan tidak puas aku menatap raut arwah buat saat terakhir.
Sunyi
Kekosongan terasa bila ketiadaan arwah. Tak kedengaran gurauan nya, letehan nya, kemarahan nya.
Sayu
Apabila ku melihat Nurul bermain keseorangan.
Ariel berulang-alik keluar masuk dibilik arwah.
Keinsafan
Diatas pemergian arwah, aku dan suami mengambil iktibar disebaliknya. Terasa keinsafan buat kami berdua. Alhamdullilah Tuhan membuka hatiku dan suami untuk sujut kepada Allah S.W.T
Tanggung Jawab
Melihat raut wajah ibuku, timbullah rasa tanggung jawab yg teramat besar dan berat. Tidak sampai hati aku untuk meninggalnya bersendirian. InshaAllah akan ku korbankan sedaya yang boleh.
Sedih
Semestinya teramat sedih apabila terkenangkan arwah. Setiap kali ku teringatkan arwah, surah Al-fatehah hanya dapat aku sedekahkan.
Mengambil kesempatan ini, mewakili seluruh keluargaku, ucapan TERIMA KASIH yang tak terkata kepada semua sedara-mara dan sahabat handai yg telah datang melawat, mengucapkan salam takziah dan juga yg telah memberi sumbangan.
Abah, Manis rindu sangat dengan abah ... Al-fatehah
--------------------oOo--------------------