<bgsound src="http://mediamax.com/fiqah03/Hosted/Wonderful.mp3" loop="infinite"> :: MY LIFE FEELS SO COMPLETE ::

Monday, May 05, 2008

Rindu terubat jugak

7hari dah berlalu, terasa teramat rindu aku pada abah.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Setelah selesai mengerjakan solat subuh ku, kami sekeluarga bersiap sedia untuk ke “Rumah” Abah yang kekal tempatnya.

Setibanya dipusara abadi, terasa ketenangan dihati. Dapat aku rasakan Abah sedang menunggu ketibaan kami sekeluarga.

Aku mengenggam batu nisanmu dengan penuh rasa rindu namum takkan sekali ku tangisi kerana aku tahu Abah tenang disitu.

Aku Redha, Aku Pasrah

“Abah, rehatlah kau dialamu, kita akan ketemu juga”

Al-Fatehah

--------------------oOo--------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home