<bgsound src="http://mediamax.com/fiqah03/Hosted/Wonderful.mp3" loop="infinite"> :: MY LIFE FEELS SO COMPLETE ::

Tuesday, June 10, 2008

Sekian Lama ...

Dah lama jugak aku tak blog tentang keluarga dan kehidupan. Mana nak mula dulu .... hhmm ....

Pada hari Jumaat yang lepas, genap 40hari abah telah kembali ke rahmatullah. Kenduri 40hari dibuat antara keluarga sahaja dan pada hari minggu, kami sekeluarga ke kubur. Dapur-dapur dah siap. Nampak kemas dah rapi. Alhamdullilah.

Walaupon dah 40hari berlalu, kehidupan kami sekeluarga tidak aku nafikan masih agak muram, terutamanya, Ibu ku. Nanti bila tiba waktu magrib, dia akan termenung ditepi tingkap seperti org melamun jauh sekali. Walau apa pon, aku pasti dia redha. Berat aku melihat, namun lagi berat bahu yang memikul. Harapan ku hanya pada masa, ku harapkan masa akan mengubatinya.

Dah 2minggu cuti sekolah, tinggal lagik dlm 2minggu jer dah nak re-open. Macam kesian si Nurul, sampai sekarang aku dan suami belum bawak dia kemana-mana except ke WWW. Selalunya cuti sekolah, aku sebuk carikan Meet & Greet Session dimerata shopping centre di Singapura. Tapi ini lah masalah nya ...

Aku terlalu penat, lepas satu ... satu ... dari persiapan jual beli rumah, ke naik turun cari contractor rumah, start nya renovation, arwah meninggal dunia, kenduri 3, 7 & 40 hari dan habisnya renovation. Dah lah tu nak kena kemas-kemas lagik.

Mood dah lah down ... penat pulak tu ... haiz~ ... kadang-kadang aku terfikir sendiri bila agaknya hidup ku akan kembali seperti dulu. Sekarang ni aku cuma nak duduk rumah ajer, malas nak merayap and at the same time, tak sampai hati nak tinggalkan my mum all alone by herself sebab dia dlm edar.

But I seriously hope my life to be back as usual. I shall force myself to take leave with hubby and plan to bring the kids out. Do some shopping and I hope I could enjoy myself.

Tak lama lagik bulan Ramadhan, dlm 2bln lebih ajer. Aku pon tak pasti kalau dibulan Ramadhan & Shawal macam mana nanti keadaan & suasana raya tahun ini. Terus terang, aku macam nak lari jauh kalau boleh pergi bercuti dihari raya sebab tak tahu aperkan nanti perasaan ku kelak. Lagi-lagi bibik ku akan pulang ke kampung utk cuti sebulan.

Haiz~kena amik NO-PAY-LEAVE. Just nice for us to go for a trip. Tahun lepas ticket FOC aku dah burnt sebab Ariel baru dilahirkan. So this yr nya ticket, macam sayang kalau tak pakai. Aper gunakan kalau kerja SIA tapi tak pakai ticket kan??

hhmm ... entah lah ... nengok lah nanti macam mana bugjet kami sekeluarga. Maklum baru dapat rumah, duit pon dah surut ... kalau nak pi cuti, walaupon ticket kapal terbang free tapi nak bayar hotel, makan, shopping lagik ... unless we go to Liverpool (grandad is there), Perth (aunty is there), goldcoast (relative is there) or LAX (cousin is there)

But masa ni cuma angan-angan ajer ... kita merancang tetapi ALLAH menentukan segalanya.

--------------------oOo--------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home