Abah, 5bulan dah berlalu. Begitu cepat sekali masa berlalu. Macam terasa seperti semalam baru kita beraya bersama-sama seperti keluarga yang lain. Tak pula terlintas dalam hati ini bahawa raya tahan ini tanpa Abah bersama kami.
Tak terfikir pula semasa kepulangan kami semua ke kampung ada tanda dan maksud disebaliknya.
Hanya gambar ditinggalkan sebagai penganti diri dan kenangan manis yang tersemat dihati. Dengan tangisan saja dapat kami luahkan betapa rindunya manis pada Abah.
Harijadi mu inilah harijadi yg terakhir yg dapat kami raikan. Walaupun diraikannya dgn sederhana.
Tahun demi tahun, pada mlm raya Abah lah orang yg mengisi ketupa dgn beras. Menjaga api dan air semasa merebus ketupa di luar corridor rumah. Tapi pada mlm raya ini, mummy dgn manis yg mengisi beras dan ketupa. Mummy yg merebusnya. Sambil kita mengisi ketupat tak lepas dari mulut mummy berkata "Dulu kalau ader Abah, dia yg isi ketupat ni."
Semlm lepas ku melipat baju dari jemuran yg sudah kering, aku menyimpan baju di almari mummy. Dan apabila ku terlihat baju-baju arwah abah tergantung tiba-tiba aku menangis sambil memeluk baju itu. Terutanya baju melayu berwarna kelabu yg dipakainya pada raya tahun lepas, terlalu rindu yg tidak terkata dan sebak sangat hati ini.
Tak dapat lagi aku mencium tangannya sambil memohon ampun dan maaf atas segala dosa-dosa ku. Aku percaya dia sentiasa melihat kami dari sana dan tahu kami semua sayangkan dan rindukan nya. Hanya Fatehah yg dapat kami sedekahkan.
Abah, manis selalu berdoakan semoga abah selalu berada disisi ALLAH S.W.T. Kita akan ketemu jugak pada suatu hari.
Walaupun hanya tinggal kenangan, percayalah Abah akan sentiasa dihati isteri dan anak-anak mu. Tidak lupa cucu-cucu mu sentiasa menyebut-nyebut nama mu.
--------------------oOo--------------------