Tanggal 28 April 2009, genaplah setahun sudah Abah pergi menyahut seruaan Illahi.
Pejam kelip masa amat menyemburui kita sekeluarga sehinggakan tidak memberi sedetik masa untuk kita berada disisinya semasa dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Abah pergi semasa tidurnya. Tiada sesiapa yg menyedari ketiadaannya.
Ku bersyukur teramat bahawa Abah pergi dengan tenang dan tanpa sedikit pon kesakitan atau kepayahan.
365 hari sudah berlalu, namun segala kenangan sewaktu aku kecil hinggalah ku meningkat dewasa. Kini aku sudah pon bergelar isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata ku,
semuanya lagi terngiyang-ngiyang diingatan ku.
Walaupon Abah jauh nun disana, aku hanya mampu bersedekahkan Al-fatehah pabila teringatkan Abah. Setelah kehilangnya, aku kini hilang tempat bermesra dan bermanja.
Tidak ku lupa juga ketegasannya. Cara Abah mendidik cucu-cucunya. Mereka masih mengingati bahawa Abah pernah hadir dalam diri mereka. Abah dikenali oleh cucu-cucu nya sebagai seorang datuk yg garang tapi tidak dikecualikan juga datuk yg sayangkan kesemua cucu-cucunya itu.
Segalanya yg berlaku bagaikan suatu yang berlalu begitu pantas dan kami sekeluarga sememangnya redha dan pasrah. Kami menjalani kehidupan seharian tanpa kehadiran Abah namum Abah selalu berada didalam hati kami.
Abah, ketahuilah Manis sangat sangat merindui Abah begitu juga Nurul, cucu abah yang dahulunya pernah Abah jaga dari lahirnya.
Tenanglah Abah dialamu, Tunggulah kami dialamu
Al-fatehah
--------------------oOo--------------------