<bgsound src="http://mediamax.com/fiqah03/Hosted/Wonderful.mp3" loop="infinite"> :: MY LIFE FEELS SO COMPLETE ::

Saturday, September 05, 2009

Cebisan Hati .....

Salam Ramadhan dan Salam Lebaran, Insya'allah semoga Tuhan memberikan umur dan kesihatan untuk semua ketemu lagi.

Alhamdulillah, buat masa kini semua berada dalam keadaan sihat. Sekian lama aku dah tak mengadam depan computer untuk blog. Selalu log in FB dgn IPhone ajer.

Sekarang bibik baru dah pon 1minggu bersama. Alhamdullilah, hand over dari bibik lama ke baru was done quiet well. Anak-anak agak senang dgn yg baru ....

Ada lagi 24jam, Bibik lama akan berada di kapal terbang untuk pulang dipangkuan keluarga yang tercinta. Kami di Singapura akan sentiasa mendoakan semoga dia berbahagia dan sihat selalu. Dan juga jgn lupa kami keluarga disini.

Dan satu lagi, alhamdulillah jugak suamiku dapat pekerjaan baru sebagai Delivery Driver disebuah company yg mungkin ramai tahu ..... but will not mention now. Last day will be on 8sep and 14Sep dia akan mula di tempat baru .... Mudah-mudahan dia bahagia dan kekal disana kerana impiannya mencari pekerjaan office hrs supaya dapat meluangkan masa dgn kami sekeluarga .... Walaupun dgn gaji yg lebih rendah dari sekarang. Namun kita percaya, duit bukan lah segala-galanya. Insya'allah !! Isterimu akan sentiasa berdoa yg terbaik untuk suami dan anak-anak. amin.

Sepatutnya dgn khabar ini semua, aku seharusnya bahagia tetapi tidak pasti akan mengapa didalam hati kecil ini ada rasa seperti tidak bahagia atau sebenarnya sedih yg teramat. Mungkin kerana dalam bulan Ramadhan dan Syawal bakal menjelang yang membuat aku sayu dan amat rindu sekali dengan Arwah Abah.

Ya Allah, aku bermohon kepadamu, Kau tempatkan Abah bersama org-org yg beriman. Kau ampunkan lah segala dosa-dosanya, Kau terimalah segala amalannya. Kau tenangkanlah hati ku dan berilah sedikit kebahagian dan kesenangan untuk aku lalui hari yg mendatang. Kau lindungilah suami dan anak-anakku. Amin Ya Rabaal Al-amin .....

--------------------oOo--------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home